**Pendekar Pujangga**

"Hidup bukanlah suatu kemenangan tetapi suatu perjuangan"


MALAYSIA kembali berpijak ke bumi nyata apabila juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United membawa anak didik K Rajagobal turun dari awang-awangan, Sabtu lalu dengan kemenangan selesa 2-0 pada perlawanan kedua, siri Jelajah Asia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sir Alex Ferguson merehatkan Rio Ferdinand, Nani, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov dalam perlawanan kedua dengan penjaga gol, Ben Foster, yang melakukan kesilapan buat gol kedua Malaysia tempoh hari menggantikan Edwin Van der Sar.
Barisan tuan rumah diketuai Norhafiz Zamani Misbah hanya membuat satu penukaran dalam barisan utama dengan meletakkan Mohd Bunyamin Omar mengisi tempat Amar Rohidan di posisi tengah.

Paluan gendang oleh kira-kira 40,000 penonton tidak banyak membantu skuad negara yang bermula gugup sebelum Indra Putra Mahayudin berjaya menyusup benteng United tetapi rembatannya dihalang pertahanan United.

United seperti perlawanan pertama, bijak mengaut peluang dan mendahului seawal minit ke-10 menerusi jaringan Federico Macheda hasil kealpaan benteng Malaysia dan selang dua minit kemudian giliran Owen pula menggandakan kedudukan dengan gol kedua. Tuan rumah enggan berputus asa dan berjaya melancarkan serangan balas pada minit ke-36, namun hantaran terus kapten, Norhafiz sedikit di luar jangkauan Amri Yahyah dan singgah selamat ke dakapan Foster.

Indra turut mencuba nasibnya dari sayap kiri apabila meluru masuk namun sekali lagi lewat melepaskan percubaan sehingga berjaya dihalang benteng United empat minit sebelum rehat.

United memperlahankan tempo pada babak kedua dengan Ferguson mengeluarkan Owen dan Macheda digantikan dengan Berbatov serta Rooney, namun rombakan itu gagal menembusi benteng kebal negara.

Menyedari keadaan itu, Rajagobal terpaksa mengorbankan Amri Yahyah dan memasukkan Badrol Bakhtiar bagi mengukuhkan benteng pertahanan. Kemasukan Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Zaquan Adha pada permulaan babak kedua, akhirnya memaksa Foster melayangkan badan menepis rembatan silang pemain gantian itu seminit sebelum tamat untuk menafikan gol sagu hati buat barisan muda Malaysia yang mempamerkan aksi boleh dipuji dalam dua perlawanan.

Sumber :beritaharian

0 komen:

Post a Comment


SApekah Alhapiz???


apizNiza™

-kecik2 org pgil aku acik
-beso sket org pgil aku apiz..dan ade jugak still pgil acik
-beso lgi sket org pgil aku alhapiz
-kat Universiti kwn2 aku pgil aku Dude..kudut..ape ntah kudut tu pon aku xtawu.
-jd ckgu ganti murid2 aku pgil "Cikgu apiz....sir apiz"
-simple
-sempoi
-aku xsuke keadaan yg sibuk
"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
kita tertanya2 kemananya hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi"

"Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca
yang sukar disentuh
hanya orang yang mampu saja boleh memilikinya"

-ym: apiztaro
-friendster :revengeful
-facebook : alhapiz puzi
-gmail : alhapizpuzi@gmail.com
-hotmail : apiz_tx@hotmail.com



-hits terkini
MASTURBATORS




Mari Clik Kat sini

DaPat Wang
Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

sembanNg saja...


ShoutMix chat widget

Follow me...